hand-drawn line drawing headline illustrations

INISIATIF

Inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh MN adalah dalam kerangka nilai-nilai kesederhanaan serta keterbukaan yang tinggi. Elemen nasionalisme yang tinggi diterapkan kedalam setiap aktiviti yang bakal dianjurkan dengan berpandukan kepada 5 perkara yang telah ditetapkan didalam matlamat MN.


Antara aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MN adalah:

  • Sesi Sidang Meja Bulat (Round Table Discussion) yang menghimpunkan nama-nama serta tokoh-tokoh masyarakat yang terlibat dalam pelbagai bidang serta kepakaran yang diadakan dalam beberapa siri.


  • Jelajah Muafakat Nasional - seminar tertutup di setiap negeri bagi membawa semangat muafakat dan mempromosikan keahlian MN.


  • Konvensyen MN bertaraf nasional.


Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

7 Januari 2023

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden, YBhg. Tan Sri Annuar Musa.


YBhg. Tan Sri Presiden juga telah mengumumkan perlantikan 4 orang Timbalan Presiden yang akan bersama-sama membantu tugas Presiden bagi menggerakkan Muafakat Nasional iaitu:


1. YBhg. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

2. YBhg. Datuk Zuraida Kamaruddin

3. YBhg. Dato' Sri Dr. Santhara

4. YBhg. Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Beberapa perkara utama juga telah dibincangkan bersama dikalangan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) bagi memperkasakan agenda MN di seluruh negara.

MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN

Disember 2022

Team Muafakat Nasional yang diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri TPr Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa mengagihkan bantuan Pasca Banjir kepada mangsa banjir di Kelantan. Sedikit bantuan dari kami dan semoga ianya meringankan sedikit akibat dari banjir tahun ini.

Irregular Blue Rectangle
address logo element
Phone Call Icon
email icon

+6011 7275 1075

info@muafakatnasional.org.my

B-1-18 Plaza Damas 3

Jalan Sri Hartamas 1

50480 Kuala Lumpur

Home Icon

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA